Neez Beauty & Healthy House

Neez Beauty & Healthy House
PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU, SKUDAI, LARKIN, MAJIDEE, KG MELAYU, TAMPOI, BANDAR BARU UDA, TANGKAK, MUAR (JOHOR), POSTAGE SELURUH MALAYSIA, SABAH & SARAWAK, PENGEDAR SHAKLEE NO.1 MALAYSIA, KONSULTANT VITAMIN SHAKLEE, PENGEDAR SHAKLEE JOHOR

Selasa, 22 April 2014

CoQHealth Plus - Membantu jantung lebih sihat bertenaga

Apa itu Coenzyme Q10 dan mengapa ia penting untuk tubuh kita?


CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja dengan lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar tenaga dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.
Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong  fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung. 
Berapakah jumlah pengambilan dietari Coenzyme Q10 yang kita perlukan? 

Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. Sila lihat carta di bawah untuk melihat jumlah CoQ10 di dalam makanan yang biasa kita ambil.

Tambahan lagi, keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan 68.2 peratus daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20.
Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat-ubatan tertentu seperti dadah bagi merendahkan kolestrol boleh mengurangkan tahap CoQ10 di dalam tubuh. Justeru, pengambilan suplemen boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap selular  yang penting di dalam tubuh kita ini.

Penyelesaian untuk anda!!!!!
CoQHealth Plus

 
CoQHealth Plus mengandungi kesemua propreitari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan esktrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
* Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
* Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
* Meningkatkan peredaran darah
* Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
Dos pengambilan
Sebiji kapsul sehari selepas makan.
Perbezaan Shaklee
* Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 didalam CoQHealth Plus, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.
* Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula Vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
* Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).
* CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya.
* Tanpa Gluten
Nota: Jauhi daripada kanak-kanak. Bagi perempuan mengandung, menyusui bayi atau mengambil ubat tekanan darah tinggi, sila dapatkan nasihat pakar perubatan atau doktor sebelum menggunakannya.

  Berminat?
PM/WASSAP NEEZA - 0122435375 
COD AREA JOHOR BAHRU, LARKIN, MAJIDEE, KG MELAYU, SKUDAI, TAMPOI, BANDAR BARU UDA, TANGKAK, MUAR & JASIN. POSTAGE SELURUH MALAYSIA, SABAH & SARAWAK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jika berminat....

Jika berminat sila hubungi saya utk maklumat lanjut:
email:Neeza46@gmail.com

FB :Neeza Nez
Blog : http://neezbeautyandhealthyhouse.blogspot.com/

call.sms.whatsapp : +60122435375