Neez Beauty & Healthy House

Neez Beauty & Healthy House
PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU, SKUDAI, LARKIN, MAJIDEE, KG MELAYU, TAMPOI, BANDAR BARU UDA, TANGKAK, MUAR (JOHOR), POSTAGE SELURUH MALAYSIA, SABAH & SARAWAK, PENGEDAR SHAKLEE NO.1 MALAYSIA, KONSULTANT VITAMIN SHAKLEE, PENGEDAR SHAKLEE JOHOR

Khamis, 29 Mei 2014

Vitamin untuk buasir dari shaklee

♥♥Vitamin untuk Buasir Dari shaklee♥♥ ◆◇Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran. ◇◆Jenis-jenis Buasir◆◇ ◆◇Buasir dalaman -Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum. ◆◇Buasir luaran - Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya. ◆◇Sebab Utamanya : ▶Sentiasa duduk ▶Meneran (ketika najis keras atau sembelit) ▶Cirit-birit ▶Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama ▶Batuk yang teruk ▶Bersalin ▶Mengangkat berat ▶Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual ♥♥Ubah gaya hidup kita & cegah simptoms dengan vitamin Shaklee♥♥ ◆◇OSTEMATRIX : bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur. ◆◇OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut. ◆◇ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. zinc complex  membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat. ♥♥Tip-tip membantu masalah Buasir♥♥ ▶Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 -3 liter sehari ▶Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. ▶Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air. ▶Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh). ◆◇Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doctor

Khamis, 22 Mei 2014

KEPENTINGAN ASID FOLIK SEBELUM DAN SEMASA HAMIL

Ramai wanita hamil tidak menyedari kepentingan asid folik sebekum hamil sedangkan ianya sangat penting untuk pertumbuhan janin yang bakal dikandung. Kebanyakan wanita mengetahui tentang kewujudan suplemen asid folic hanya selepas disahkan hamil. Padahal pil berkenaan sangat digalakkan utk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara 3 hingga 6 bulan sebelum hamil. Asid folik atau kadangkala disebut folat ataupun B9 sangat diperlukan utk membina sel2 baru dalam tubuh. Ia penting dalam pembentukan DNA baru dan pada masa yang sama memperbaiki DNA yang rosak dalam sel. Jika seseorang wanita itu kekurangan asid folik, ketahuilah bahawa tahap kesihatan bayi yang bakal dikandung akan terjejas. Hal ini dibuktikan dengan kajian yang pernah dijalankan pada tahun 1960 di mana pakar perubatan mengaitkan kekurangan asid folik di dalam tubuh wanita hamil dengan penyakit akibat asid folik yang rendah pada bayi mereka. Asid folik sangat bermanfaat untuk bayi dalam kandungan kerana ia boleh mengurangkan risiko anda daripada menimang cahaya mata yang cacat terutamanya kecacatan saraf tunjang ( nueral tube defect atau NTD), gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk ( anecephaly/ encephalocele). Hal ini kerana, pakar perubatan sangat percaya bahawa asid folik membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi. Selain itu, ia turut mendatangkan kebaikan apabila dapat menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah, mengurangkan risiko keguguran, lahir mati dan kelahiran pramatang, serta kekurangan darah ( anemia). Dalam pada itu, terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan suplemen asid folik dapat mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan mengalami masalah sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing. Dalam pada itu, kajian telah menunjukka bahawa kecacatan2 ini boleh dikurangkan di antata 50 hingga 70 peratus. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik sebelum hamil dan sepanjang kehamilan juga. Untuk makluman anda, anecephaly adalah nama diberikan kepada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan lazimnya dia akan mati sejurus selepas dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan bayi lumpuh, mengalami masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak. Oleh sebab itu, suplemen asid folik harus diberikan kepada wanita sebaik sahaja dia disahkan hamil. Bagi kehamioan yang tidak dirancang dengan teratur, wanita berkenaan akan dinasihatkan untuk mengambil suplemen asid folik setiap hari dan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga kandungan berumur 12 minggu. Dalam 12 minggu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf bayi sedang berkembang pesat. Jadi ketahuilah bahawa suplemen asid folik sangat penting kepada semua wanita sebagai persediaan awal untuk mengandung. Hal ini adalah kerana ia adalah ejen pertumbuhan dan pembinaan sel-sel dalam tubuh. Oleh sebab itulah, ia sangat penting untuk membentuk saraf tunjang bayi pada peringkat awal kandungan. Bagi anda yang sedang berusaha untuk hamil, beringatlah bahawa pengambilan pil asid folik 3 hingga 6 bulan sebelum merancang untuk hamil sangat penting!!!. Dengan demikian, ia membolehkan tubuh anda bersedia untuk sebarang pertumbuhan atau pembentukan sel2 baru. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua ( melebihi usia 3 minggu) pengambilan asid folik boleh dihentikan. Walaubagaimanapun, anda tetap digalakkan ambil suplemen ini sehingga bayi dilahirkan...

Sabtu, 17 Mei 2014

Jom Sertai Kami Sekarang!!!

<<NAK ADA BISNES SENDIRI???>>
JOM SHAKLEE !!!!!
●Ramai yang telah berjaya sama ada secara PART TIME/FULL TIME.
Hanya bermodalkan RM75 untuk pendaftaran ahli seumur hidup (for business kit), anda berpeluang untuk menikmati pelbagai insentif yang ditawarkan oleh Shaklee kepada mereka yang layak iaitu;
1) GANJARAN TUNAI (CASH)
♡Bonus peribadi sehingga 21%
♡Leadership bonus sehingga 6 level
♡Insentif Coordinator sehingga 1.5%
2) PROGRAM KERETA (CAR)
♡Peluang mendapat insentif berupa wang tunai khas untuk pembayaran kereta
3) PERCUTIAN (CONVENTION)
♡Berpeluang menikmati percutian bertaraf "5 BINTANG" yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee termasuk percutian dalam dan luar nega
♡Berpeluang untuk mengerjakan umrah tajaan sepenuhnya oleh Syarikat Shaklee Malaysia.
Apa tunggu lagi? Don't waste your time. Because a successful people is the one who appreciate time the most .
Shaklee is :
✔ THE PERFECT INDUSTRY
✔ THE PERFECT TIME
✔ THE PERFECT COMPANY
✔  THE PERFECT BUSINESS
✔ THE PERFECT PRODUCT
☑ Choosing the RIGHT COMPANY is more IMPORTANT  than your EFFORT, choosing the RIGHT BUSINESS TEAM will bring you to the top !
Anda serius ingin berubah dan berjaya???
Hubungi saya segera :
SMS/WHATSAPP : 012-2435375
ID : 1116437

Maksud tanda-tanda sakit di badan

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

 MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
�� Mata menjadi merah :
●Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
�� Mata menjadi kabur :
●Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
��Keluar tahi mata :
●Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
��Keluar air mata :
●Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
��Ketegangan mata dan kelopak :
●Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

 HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
��Selesema :
●Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
�� Hidung sumbat :
●Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
�� Bersin
● Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
● Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

 BATUK
�� Batuk keluar kahak :
●Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
�� Batuk tanpa kahak :
● Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
��Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
● Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

�� KERONGKONG
�� Kerongkong kering.
● Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
● Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

 BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
��Bibir pucat
● Sistem penghadaman yang lemah.
● Perut mengandungi angin.
● Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
�� Bibir kering dan pecah.
● Perut mengandungi banyak bahan toksin.

�� MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
�� Lidah atau gusi bengkak, sakit :
●Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
��Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser).
● Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.��Mulut berbau busuk .
●Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
��Telinga terasa tersumbat :
●Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
�� Telinga berdengung :
●Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT Berpeluh :
�� Peluh masin :
●Badan mengandungi lebihan asid urik.
��Peluh berbau :
●Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

��RUAM DAN BISUL :
●Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

 KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
�� KULIT PECAH DAN BERAIR :
● Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

RAMBUT GUGUR : ��Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
��Sakit Sendi rasa panas. ●Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
��Tidak rasa panas
●Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
��Sakit di bahagian bahu. ●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
�� KEBAS TANGAN :
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
�� KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
��KEBAS KAKI :
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
�� SAKIT TAPAK KAKI : ●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
�� SAKIT TUMIT KAKI :
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
�� RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
�� GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN  KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
�� PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
�� PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
● Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
�� SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :●Menandakan penyakit migrain.
�� BISUL TERJADI DI KEPALA
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
�� RASA PENING YANG MEMUSING
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

��MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
�� MUNTAH DARAH
● Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
● Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.��LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
●Tanda sakit jantung.

��KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . ��Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KENCING
�� KERAP KENCING
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
�� AIR KENCING BERKAPUR ●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
�� AIR KENCING BERMINYAK :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
�� AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
��AIR KENCING BERDARAH :
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR
�� CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
��SEMBELIT:
Membersihkan toksin dari usus kecil.
��NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
�� NAJIS BERWARNA HITAM :
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

 BADAN :Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
��Sakit menyucuk :
● Proses menyeimbangkan urat saraf.
��Sakit sengal:
● Menandakan luka di dalam badan.
��Sakit menyentap:
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
�� Sakit menegang :
● Proses melancarkan pengaliran darah.

 BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
��BADAN TERASA PANAS .
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
�� BADAN TERASA RINGAN :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

 RASA TAKUT MENGEJUT: ��Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

 CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
��Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

 RASA BIMBANG DAN TAKUT :
��Sistem paru-paru yang lemah.

�� RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
�� Sistem jantung yang lemah.
�� Sistem saraf otak yang lemah.
�� Masalah pengaliran darah.

 SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :
��Sistem penghadaman yang lemah..

 BUANG AIR BESAR
�� CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
● Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
�� SEMBELIT:
●Membersihkan toksin dari usus kecil.
�� NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
�� NAJIS BERWARNA HITAM :
●Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

 Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Ape tu HERBLAX?!?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.
Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.
★Mari kita mengenali Herb Lax dengan lebih dekat. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:
●alfalfa leaves
●senna leaves
●anise seed
●blue malva flower
●buckhorn bark
●licorice root
●rhubarb root
●fennel seed
●culver’s root.
Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.
Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.
Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis.
Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.
♥Kebaikan Herb Lax
☆pembersihan najis yang tersekat
meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
membantu masalah sembelit
tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
mengempiskan perut
ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.
Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ?
●pengamal tegar ubat tahan sakit.
●mereka yang ada masalah pembuangan, ●perkumuhan kurang lancar dan sembelit
●mereka yang banyak jerawat
●pesakit gout
●mereka yang ingin membersihkan usus ★terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Berminat:
Pm/wassap 0122435375
COD area Johor Bahru, Skudai, Tampoi, Majidee, Larkin, Tangkak, Muar

GEMPAR!!!! VITAMIN MENGHAKIS POLISTERIN

Ada yang claim Omega Guard Shaklee menghakis. Siap buat demo lagi.. katanya Omega Guard Shaklee menghakis, tapi produk A****** tu tak.. demonya dengan menggunakan bekas polisterin. 


vitamin menghakis polistrin?

Omega Guard Shaklee memang benar-benar menghakis.. OPSSSS, nanti dulu. Sila baca sampai habis yer, baru tahu kebenarannya. Betul ke Omega guard Shaklee merbahaya? menghakis perut, usus, segala organ badan jugak ke???  

Jadi, jika Omega 3 boleh menyebabkan pinggan atau cawan polisterin atau Styrofoam berlubang, tidak bermakna ianya akan menyebabkan perut atau usus kita turut terhakis dan memudaratkan badan kita. Banyak kajian yang membuktikan secara saintifik bahawa Omega-3 banyak memberi manfaat kepada kita. Lagi pun, perut, usus serta semua organ badan kita tak diperbuat daripada polisterin kan??? :) 

Suplimen minyak ikan Omega 3 yang biasa, hanya melalui hanya satu proses penyulingan yang ringkas (simple process of distillation) untuk memisahkan minyak ikan asli (crude oil) daripada bahagian ikan yang lain serta membuang segala bendasing / impurities. Dalam bentuk yang 'kompleks' itu, asid lemak Omega 3 tidak dapat mencairkan / melarutkan polisterin dengan mudah walaupun dibiarkan lama. Malah sebahagian polisterin tersebut pula yang leach out masuk ke dalam minyak tersebut. Oleh sebab itu, pegawai kesihatan selalu menasihatkan supaya tidak menyimpan makanan yang mempunyai asid lemak ke dalam bekas polisterin terutamanya jika makanan tersebut masih panas.

Suplimen minyak ikan yang berkualiti tinggi melalui proses penyulingan molekul kedua (double molecular distillation). Ini akan membuang saturated fats dan bahan selain asid lemak Omega 3. Penyulingan ini akan menghasilkan minyak ikan yang lebih tulen dan membuang lebih banyak bahan tercemar seperti merkuri dan logam berat yang lain yang terdapat dalam ikan tersebut. Oleh sebab itu, suplimen minyak ikan yang melalui 'double molecular distillation' bukan sahaja lebih terjamin kebersihannya, malah mengandungi lebih kepekatan asid lemak Omega 3. Manfaat yang berganda untuk kita tentunya. Secara mudahnya, asid lemak Omega 3 yang LEBIH ASLI pastinya dapat melarutkan polisterin dengan lebih pantas.

Fahami konsep ni:

Polisterin ialah non-polar polimer dan fish oil pula adalah non-polar liquid. Hampir semua jenis minyak, termasuk minyak ikan boleh melarutkan polisterin dari bentuk solid-liquid. Proses ini bukannya ‘chemical reaction’ ianya sekadar solvent-type action. Contohnya macam kita larutkan gula dalam air ....bukan tindakbalas kimia pun ....dan makin panas air, makin cepatlah ia larut. 
Jadi, dalam hal ini, minyak ikan adalah non polar solvent yang boleh melarutkan non polar polymer. Itu sahaja.
Adakah ianya berbahaya?TIDAK! Sebab ianya bukan chemical reaction pun. Lagi pun tubuh kita bukan non polar polimer. Building block kita tidak sama macam polisterine.Tapi kenapa yang sebelah kanan tu tidak berjaya melarutkan polisterin, sedangkan ianya pun minyak ikan juga? 
Ok, disini penjelasannya bergantung kepada seasli mana minyak ikan (how pure the fish oil is) tersebut. ^o^Lazimnya minyak ikan biasa hanya melalui proses penyulingan untuk menyingkirkan bendasing (impurities) dan mengasingkan minyak ikan dari ikan tersebut. Dengan proses yang ringkas ini, minyak ikan yang diperolehi pastinya kurang berkualiti kerana lemak tepu masih ada dan belum disingkirkan dan minyak ikan pada peringkat ini masih dalam bentuk kompleks, dan pastinya sukar diserap oleh badan. Sebab itulah ianya mengambil masa yang lama untuk melarutkan polimer tadi walaupun pada suhu yang tinggi.
Berbeza dengan minyak ikan yang berkualiti tinggi, minyak ikan ini melalui proses penyulingan kedua atau berperingkat untuk menyingkirkan lemak tepu dan lemak selain Omega-3 fat. Proses ini sangat penting kerana melalui proses inilah bendasing seperti merkuri dan logam berat (mercury and heavy metal..bukan rock band tu ye) daripada ikan. Ini yang kalau kita terlalu banyak ikan, kita bukan shj dapat omega, merkuri semua sekali masuk kedalam sistem badan. Sebab tu kita disyorkan ambil suplemen.
Minyak ikan ini berada dalam bentuk yang lebih ringkas, asli, dan tinggi dengan Omega 3, dan tindakbalas pun lebih cepat. Sebab tu polisterin Omega Guard Shaklee lebih cepat terlarut.Ringkasnya, lebih pure minyak ikan tu lebih cepat tindakbalasnya.
Bagaimana dengan OmegaGuard Shaklee?Kalau tengok gambar tadi memang tembuslah polisterin tu. Tapi jangan risau, itu membuktikan yang Omega Guard Shaklee ni solvent yang bagus dan asli. Tinggi DHA & EPA (95%). Yang dicairkan nanti bukan usus kita, tapi lelemak dalam badan ni hahaaa PERBEZAAN ShakleeManfaat minyak cold-water fish adalah sangat terkenal, tetapi terdapat kebimbangan yang meruncing mengenai kualiti minyak ikan masa kini. Ini adalah kerana terdapat risiko yang tinggi dalam air hari ini, antaranya ialah logam berat, kotoran dan bahan cemar seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan BPA.• Omega Guard Shaklee diperolehi khusus daripada "ikan kecil" (ikan bilis & sardin) kerana logam berat dan toksin kurang tertumpu dalam spesis yang paling kecil daripada rantai makanan.• Omega Guard Shaklee diproses melalui farmaseutikal gred, state-of-the-art, hak milik, triple proses penyulingan molekul yang menjamin penyingkiran kotoran dan bahan tercemar menjadikan ianya produk yang BOLEH DIPERCAYAI.• Manakala suplemen minyak ikan yang banyak dipasarkan oleh syarikat-syarikat lain diperolehi daripada ikan besar yang dipelihara dalam sangkar yang dibesarkan secara komersial dan hanya diberi makan "pelet" seumur hidup mereka!! Ikan-ikan ini mempunyai tahap Omega -3 yang lebih rendah daripada ikan laut yang hidup liar, dan "pelet" penuh dengan bahan-bahan sintetik ... bayangkan bagaimana ini memberi kesan kepada kualiti minyak ikan yang dijual.Semoga eksperimen dan penerangan ala-ala saintis di atas dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat!!

Susu Ibu Halang Obesiti


 Khasiat susu ibu sudah diketahui sangat baik untuk bayi dan ibu. Meningkatkan imunisasi bayi sejak kecil, membantu perkembangan tubuh dan berat anak serta mengekalkan berat badan ideal ibu antara kelebihan yang diakui ramai.

Sebuah kajian yang dilakukan di Okyama University Graduate School of Medicine di Jepun, menyatakan bahawa menyusukan bayi mengurangkan risiko anak mengalami obesiti pada usia lapan tahun sehingga 50 peratus.

Sekiranya bayi disusukan secara eksklusif selama enam bulan, risiko kegemukan berkurangan lagi 15 peratus, dibandingkan dengan bayi yang minum susu formula.

Petua banyakkan susu, kurus secara semulajadi, set penyusuan shaklee, Rahsia anak sihat
Menyusukan bayi mempunyai kaitan erat dengan berat badan untuk jangka masa panjang. Ia membantu membentuk pola makan sihat di kalangan kanak-kanak. Pemberian susu formula dalam jangka panjang akan meningkatkan produksi sel lemak yang meningkatkan kenaikan berat badan.
  




Petua banyakkan susu, kurus secara semulajadi, set penyusuan shaklee, Rahsia anak sihat
UNTUK BERJAYA DALAM PENYUSUAN SUSU IBU:

1. Amalkan pemakanan yang sihat dan cukup zat
2. Kekerapan 'direct feeding'/mengepam adalah faktor utama penghasilan susu
3. Minum air sekurang-kurangnya 3.5L setiap hari
4. Fahami konsep 'demand & supply'

Hubungi saya utk maklumat lanjut & kosultasi percuma:

pm/wassap Neeza  0122435375
neezbeautyandhealthyhouse.blogspot.com

Ahad, 11 Mei 2014

VITAMIN BOLEH MENGGEMUKKAN ???? BIAR BETOL! !!

Saya menerima beberapa aduan tentang masalah ini iaitu makin berselera sejak mengambil vitamin Shaklee, dan berat badan makin naik. Keadaan ini tentunya merisaukan sesiapa saja.. terutama oara wanita yang mengambil berat hal kecantikan tubuh badan. Namun, kebanyakan yang tidak tahu perkara sebenar membuat kesimpulan mudah,

SHAKLEE MENGGEMUKKAN!!!???

Hakikatnya, vitamin tidak menggemukkan! Ini kerana vitamin tidak mengandungi kalori, (kalori adalah penyebab kegemukan. Tetapi mungkin anda hairan bagaimana ramai yang makin gemuk selepas mengambil Shaklee.
Di sini sebenarnya ada 2 perkara berbeza:-
(1) Corak pemakanan dan aktiviti berubah tanpa disedari
(2) Kerana kesan langsung pengambilan vitamin

OK kita lihat perkara no (1) dulu. Yang nombor satu ni sama lah seperti berkata“Semalam saya kena hujan, lepas tu saya ambil Shaklee, hari ni demam. Ni sebab Shaklee la agaknya ni sampai demam saya dibuatnya”. Kan? Dah nyata terang dia main hujan, tapi nak juga kaitkan dengan Shaklee.
Mungkin juga kebetulan orang yang mengambil Shaklee ni, tiba2 dia banyak makan coklat, junk food, air manis… Tapi ini tidak disedarinya kerana selera makan kita satu benda yang tidak boleh diukur. Jadi dia ‘terpaksa’ cari kambing hitam untuk cover masalah mentekedarah beliau.
Ataupun, selama ni tiap2 minggu bersukan, tapi sejak akhir2 ni lebih suka tidur.
Jika anda terbabit dengan kegiatan seumpama ini, sila ubah cara hidup anda.
Untuk perkara ke- (2), jangan risau.. Kerana ia bukan side effect. sebaliknya memang normal.
OK begini konsepnya. Bila kita mengambil vitamin, ia tidak sama macam makan makanan biasa. Vitamin adalah dalam bentuk dos yang pekat, lalu badan kita perlu mencairkan nutrien ini untuk memudahkan pengangkutan dan penyerapan.

OLEH SEBAB ITULAH KITA PERLU BANYAK MINUM AIR BILA AMBIL VITAMIN

Jadi, bila kita tak cukup minum, sel2 tubuh kita akan ‘dahaga’ lalu ia menghantar isyarat ke otak. Akan tetapi, isyarat dari sel yang kehausan itu diterima oleh otak sebagai lapar. Maka otak menghantar pesanan kepada sistem kita untuk cari makanan, lapar ni..
Sedangkan kita tak perlu makan pun, cuma sel tubuh kita yang haus.
Lalu kita pun cari makanan dan makan sampai kenyang. Masa inilah tubuh kita menerima protein, karbohidrat dan lemak berlebihan.
Maka jika anda berada dalam situasi no (2), anda mungkin asyik rasa lapar, nak selalu makan dan mungkin boleh gemuk.
Justeru, bila anda mengambil vitamin:-
(1) Minum air sekurang2nya 3 liter sehari
(2) Kawal pemakanan, jangan ikut sangat nafsu
(3) Tukarkan karbohidrat kepada sumber low GI


 Mengambil vitamin perlu pengetahuan tentangnya. Kami menawarkan khidmat itu
Berminat?
PM/WASSAP NEEZA - 0122435375 
COD AREA JOHOR BAHRU, LARKIN, MAJIDEE, KG MELAYU, SKUDAI, TAMPOI, BANDAR BARU UDA, TANGKAK, MUAR & JASIN. POSTAGE SELURUH MALAYSIA, SABAH & SARAWAK

Isnin, 5 Mei 2014

Menangani anak memilih makan - picky eaters


Adakah anak anda sering memalingkan muka apabila dihidangkan/disuakan makanan? Menolak tangan anda jauh-jauh? Lari daripada anda?

Kadangkala amat sukar untuk memberi anak kita makan apa yang sahaja terutamanya makanan yang sihat dan baik untuk perkembangannya. Kadangkala juga anak kita akan makan hidangan yang sama setiap hari untuk beberapa hari/minggu, tetapi tiba-tiba keesokannya, dia menolaknya!


Beberapa tips untuk menjadikan waktu makan sebagai waktu yang menggembirakan:


  • Pastikan persekitaran tempat makan menenangkan. Ini membantu sikap positif dalam diri anak anda tentang makanan.
  • Tawarkan anak anda kepelbagaian makanan dan berikan kuasa kepadanya untuk memilih makanan yang dia mahu makan. Asalkan pilihan makanan tersebut berkhasiat, biarkan anak anda membuat pilihannya sendiri. Dengan cara ini, anak akan menjadi sedikit berdikari dan dalam masa yang sama anda dapat memastikan pemakanannya adalah sihat dan betul.
  • Jika anda menyuapnya dan dia makan tetapi beberapa suapan selepas itu dia menolaknya, jangan paksa makan. Biarkan anak anda menentukan sendiri bila waktu yang sesuai untuk berhenti makan.
  • Hidangkan dalam kuantiti yang kecil.
  • Sediakan makanan yang nampak menyelerakan. Kanak-kanak sukakan warna yang terang dan lebih gemar mencuba makanan yang nampak menarik.
Dah cuba buat semua tips di atas? Tak berjaya juga? Hmmm...mungkin anda perlu cuba alternatif lain. Salah satu daripadanya ialah memberi anak anda vitamin untuk menambahkan selera makan.


cara untuk menangani anak yang memilih makan, Meningkatkan antibodi kanak-kanak, Rahsia anak pintar, Rahsia anak sihat, Rahsia kecergasan anak, Rahsia tambah berat badan.
Meal Shakes daripada Shaklee diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya dan lactalbumin (bahan terbaik yang mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa).

Manfaat utama Meal Shakes daripada Shaklee:

  1. Nutrisi lengkap yang menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat penting.
  2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh kerana kaya dengan protein yang tidak mengandungi laktosa, membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan sistem imunisasi - sangat membantu untuk anak-anak yang sering diserang demam dan selsema.
  3. Membantu tumbesaran kerana mengandungi asid folik, biotin dan kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  4. Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  5. Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah dan kulit yang lebih cantik.
  6. Kaya dengan serat larut yang membantu menyuingkirkan lemak berlebihan daripada usus dan perut.
  7. Tidak mengandungi pewarna dan gula tiruan, berperisa vanila

Testimoni:




Berminat?
PM/WASSAP NEEZA - 0122435375 
COD AREA JOHOR BAHRU, LARKIN, MAJIDEE, KG MELAYU, SKUDAI, TAMPOI, BANDAR BARU UDA, TANGKAK, MUAR & JASIN. POSTAGE SELURUH MALAYSIA, SABAH & SARAWAK

Jika berminat....

Jika berminat sila hubungi saya utk maklumat lanjut:
email:Neeza46@gmail.com

FB :Neeza Nez
Blog : http://neezbeautyandhealthyhouse.blogspot.com/

call.sms.whatsapp : +60122435375