Neez Beauty & Healthy House

Neez Beauty & Healthy House
PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU, SKUDAI, LARKIN, MAJIDEE, KG MELAYU, TAMPOI, BANDAR BARU UDA, TANGKAK, MUAR (JOHOR), POSTAGE SELURUH MALAYSIA, SABAH & SARAWAK, PENGEDAR SHAKLEE NO.1 MALAYSIA, KONSULTANT VITAMIN SHAKLEE, PENGEDAR SHAKLEE JOHOR

Sabtu, 17 Mei 2014

GEMPAR!!!! VITAMIN MENGHAKIS POLISTERIN

Ada yang claim Omega Guard Shaklee menghakis. Siap buat demo lagi.. katanya Omega Guard Shaklee menghakis, tapi produk A****** tu tak.. demonya dengan menggunakan bekas polisterin. 


vitamin menghakis polistrin?

Omega Guard Shaklee memang benar-benar menghakis.. OPSSSS, nanti dulu. Sila baca sampai habis yer, baru tahu kebenarannya. Betul ke Omega guard Shaklee merbahaya? menghakis perut, usus, segala organ badan jugak ke???  

Jadi, jika Omega 3 boleh menyebabkan pinggan atau cawan polisterin atau Styrofoam berlubang, tidak bermakna ianya akan menyebabkan perut atau usus kita turut terhakis dan memudaratkan badan kita. Banyak kajian yang membuktikan secara saintifik bahawa Omega-3 banyak memberi manfaat kepada kita. Lagi pun, perut, usus serta semua organ badan kita tak diperbuat daripada polisterin kan??? :) 

Suplimen minyak ikan Omega 3 yang biasa, hanya melalui hanya satu proses penyulingan yang ringkas (simple process of distillation) untuk memisahkan minyak ikan asli (crude oil) daripada bahagian ikan yang lain serta membuang segala bendasing / impurities. Dalam bentuk yang 'kompleks' itu, asid lemak Omega 3 tidak dapat mencairkan / melarutkan polisterin dengan mudah walaupun dibiarkan lama. Malah sebahagian polisterin tersebut pula yang leach out masuk ke dalam minyak tersebut. Oleh sebab itu, pegawai kesihatan selalu menasihatkan supaya tidak menyimpan makanan yang mempunyai asid lemak ke dalam bekas polisterin terutamanya jika makanan tersebut masih panas.

Suplimen minyak ikan yang berkualiti tinggi melalui proses penyulingan molekul kedua (double molecular distillation). Ini akan membuang saturated fats dan bahan selain asid lemak Omega 3. Penyulingan ini akan menghasilkan minyak ikan yang lebih tulen dan membuang lebih banyak bahan tercemar seperti merkuri dan logam berat yang lain yang terdapat dalam ikan tersebut. Oleh sebab itu, suplimen minyak ikan yang melalui 'double molecular distillation' bukan sahaja lebih terjamin kebersihannya, malah mengandungi lebih kepekatan asid lemak Omega 3. Manfaat yang berganda untuk kita tentunya. Secara mudahnya, asid lemak Omega 3 yang LEBIH ASLI pastinya dapat melarutkan polisterin dengan lebih pantas.

Fahami konsep ni:

Polisterin ialah non-polar polimer dan fish oil pula adalah non-polar liquid. Hampir semua jenis minyak, termasuk minyak ikan boleh melarutkan polisterin dari bentuk solid-liquid. Proses ini bukannya ‘chemical reaction’ ianya sekadar solvent-type action. Contohnya macam kita larutkan gula dalam air ....bukan tindakbalas kimia pun ....dan makin panas air, makin cepatlah ia larut. 
Jadi, dalam hal ini, minyak ikan adalah non polar solvent yang boleh melarutkan non polar polymer. Itu sahaja.
Adakah ianya berbahaya?TIDAK! Sebab ianya bukan chemical reaction pun. Lagi pun tubuh kita bukan non polar polimer. Building block kita tidak sama macam polisterine.Tapi kenapa yang sebelah kanan tu tidak berjaya melarutkan polisterin, sedangkan ianya pun minyak ikan juga? 
Ok, disini penjelasannya bergantung kepada seasli mana minyak ikan (how pure the fish oil is) tersebut. ^o^Lazimnya minyak ikan biasa hanya melalui proses penyulingan untuk menyingkirkan bendasing (impurities) dan mengasingkan minyak ikan dari ikan tersebut. Dengan proses yang ringkas ini, minyak ikan yang diperolehi pastinya kurang berkualiti kerana lemak tepu masih ada dan belum disingkirkan dan minyak ikan pada peringkat ini masih dalam bentuk kompleks, dan pastinya sukar diserap oleh badan. Sebab itulah ianya mengambil masa yang lama untuk melarutkan polimer tadi walaupun pada suhu yang tinggi.
Berbeza dengan minyak ikan yang berkualiti tinggi, minyak ikan ini melalui proses penyulingan kedua atau berperingkat untuk menyingkirkan lemak tepu dan lemak selain Omega-3 fat. Proses ini sangat penting kerana melalui proses inilah bendasing seperti merkuri dan logam berat (mercury and heavy metal..bukan rock band tu ye) daripada ikan. Ini yang kalau kita terlalu banyak ikan, kita bukan shj dapat omega, merkuri semua sekali masuk kedalam sistem badan. Sebab tu kita disyorkan ambil suplemen.
Minyak ikan ini berada dalam bentuk yang lebih ringkas, asli, dan tinggi dengan Omega 3, dan tindakbalas pun lebih cepat. Sebab tu polisterin Omega Guard Shaklee lebih cepat terlarut.Ringkasnya, lebih pure minyak ikan tu lebih cepat tindakbalasnya.
Bagaimana dengan OmegaGuard Shaklee?Kalau tengok gambar tadi memang tembuslah polisterin tu. Tapi jangan risau, itu membuktikan yang Omega Guard Shaklee ni solvent yang bagus dan asli. Tinggi DHA & EPA (95%). Yang dicairkan nanti bukan usus kita, tapi lelemak dalam badan ni hahaaa PERBEZAAN ShakleeManfaat minyak cold-water fish adalah sangat terkenal, tetapi terdapat kebimbangan yang meruncing mengenai kualiti minyak ikan masa kini. Ini adalah kerana terdapat risiko yang tinggi dalam air hari ini, antaranya ialah logam berat, kotoran dan bahan cemar seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan BPA.• Omega Guard Shaklee diperolehi khusus daripada "ikan kecil" (ikan bilis & sardin) kerana logam berat dan toksin kurang tertumpu dalam spesis yang paling kecil daripada rantai makanan.• Omega Guard Shaklee diproses melalui farmaseutikal gred, state-of-the-art, hak milik, triple proses penyulingan molekul yang menjamin penyingkiran kotoran dan bahan tercemar menjadikan ianya produk yang BOLEH DIPERCAYAI.• Manakala suplemen minyak ikan yang banyak dipasarkan oleh syarikat-syarikat lain diperolehi daripada ikan besar yang dipelihara dalam sangkar yang dibesarkan secara komersial dan hanya diberi makan "pelet" seumur hidup mereka!! Ikan-ikan ini mempunyai tahap Omega -3 yang lebih rendah daripada ikan laut yang hidup liar, dan "pelet" penuh dengan bahan-bahan sintetik ... bayangkan bagaimana ini memberi kesan kepada kualiti minyak ikan yang dijual.Semoga eksperimen dan penerangan ala-ala saintis di atas dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jika berminat....

Jika berminat sila hubungi saya utk maklumat lanjut:
email:Neeza46@gmail.com

FB :Neeza Nez
Blog : http://neezbeautyandhealthyhouse.blogspot.com/

call.sms.whatsapp : +60122435375