Neez Beauty & Healthy House

Neez Beauty & Healthy House
PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU, SKUDAI, LARKIN, MAJIDEE, KG MELAYU, TAMPOI, BANDAR BARU UDA, TANGKAK, MUAR (JOHOR), POSTAGE SELURUH MALAYSIA, SABAH & SARAWAK, PENGEDAR SHAKLEE NO.1 MALAYSIA, KONSULTANT VITAMIN SHAKLEE, PENGEDAR SHAKLEE JOHOR

Khamis, 22 Mei 2014

KEPENTINGAN ASID FOLIK SEBELUM DAN SEMASA HAMIL

Ramai wanita hamil tidak menyedari kepentingan asid folik sebekum hamil sedangkan ianya sangat penting untuk pertumbuhan janin yang bakal dikandung. Kebanyakan wanita mengetahui tentang kewujudan suplemen asid folic hanya selepas disahkan hamil. Padahal pil berkenaan sangat digalakkan utk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara 3 hingga 6 bulan sebelum hamil. Asid folik atau kadangkala disebut folat ataupun B9 sangat diperlukan utk membina sel2 baru dalam tubuh. Ia penting dalam pembentukan DNA baru dan pada masa yang sama memperbaiki DNA yang rosak dalam sel. Jika seseorang wanita itu kekurangan asid folik, ketahuilah bahawa tahap kesihatan bayi yang bakal dikandung akan terjejas. Hal ini dibuktikan dengan kajian yang pernah dijalankan pada tahun 1960 di mana pakar perubatan mengaitkan kekurangan asid folik di dalam tubuh wanita hamil dengan penyakit akibat asid folik yang rendah pada bayi mereka. Asid folik sangat bermanfaat untuk bayi dalam kandungan kerana ia boleh mengurangkan risiko anda daripada menimang cahaya mata yang cacat terutamanya kecacatan saraf tunjang ( nueral tube defect atau NTD), gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk ( anecephaly/ encephalocele). Hal ini kerana, pakar perubatan sangat percaya bahawa asid folik membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi. Selain itu, ia turut mendatangkan kebaikan apabila dapat menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah, mengurangkan risiko keguguran, lahir mati dan kelahiran pramatang, serta kekurangan darah ( anemia). Dalam pada itu, terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan suplemen asid folik dapat mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan mengalami masalah sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing. Dalam pada itu, kajian telah menunjukka bahawa kecacatan2 ini boleh dikurangkan di antata 50 hingga 70 peratus. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik sebelum hamil dan sepanjang kehamilan juga. Untuk makluman anda, anecephaly adalah nama diberikan kepada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan lazimnya dia akan mati sejurus selepas dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan bayi lumpuh, mengalami masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak. Oleh sebab itu, suplemen asid folik harus diberikan kepada wanita sebaik sahaja dia disahkan hamil. Bagi kehamioan yang tidak dirancang dengan teratur, wanita berkenaan akan dinasihatkan untuk mengambil suplemen asid folik setiap hari dan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga kandungan berumur 12 minggu. Dalam 12 minggu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf bayi sedang berkembang pesat. Jadi ketahuilah bahawa suplemen asid folik sangat penting kepada semua wanita sebagai persediaan awal untuk mengandung. Hal ini adalah kerana ia adalah ejen pertumbuhan dan pembinaan sel-sel dalam tubuh. Oleh sebab itulah, ia sangat penting untuk membentuk saraf tunjang bayi pada peringkat awal kandungan. Bagi anda yang sedang berusaha untuk hamil, beringatlah bahawa pengambilan pil asid folik 3 hingga 6 bulan sebelum merancang untuk hamil sangat penting!!!. Dengan demikian, ia membolehkan tubuh anda bersedia untuk sebarang pertumbuhan atau pembentukan sel2 baru. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua ( melebihi usia 3 minggu) pengambilan asid folik boleh dihentikan. Walaubagaimanapun, anda tetap digalakkan ambil suplemen ini sehingga bayi dilahirkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jika berminat....

Jika berminat sila hubungi saya utk maklumat lanjut:
email:Neeza46@gmail.com

FB :Neeza Nez
Blog : http://neezbeautyandhealthyhouse.blogspot.com/

call.sms.whatsapp : +60122435375